Action! – software rakam desktop, game dan TV Online terbaik
Action! merupakan perisian merakam video dan audio pada komputer. Ia biasanya digunakan sebagai desktop recorder dan juga game recorder.
Katakan anda ada sesuatu untuk dikongsi dalam game kegemaran, anda boleh rekod video menggunakan Action! dan kemudian upload video tersebut ke YouTube atau Facebook. Kebanyakan video yang saya buat di Youtube juga dirakam menggunakan Action!.
Mungkin ada yang pernah guna Fraps atau Bandicam, namun setelah menggunakan Action! selama beberapa bulan lepas lagi saya cukup berpuas hati dengan fungsi dan kualiti yang ditawarkan oleh Action!.
ction! – software rakam TV, desktop dan game terbaik
Antara fungsi Action! yang paling menarik
1. Rakam siaran TV live daripada TonTon
Anda boleh gunakan Action! untuk merakam siaran TV live daripada laman TonTon. Secara teori, ia juga mampu merakam video daripada laman Hulu, Netflix, Astro On The Go mahupun TV Al-Hijrah.
Video yang dirakam boleh disimpan untuk koleksi peribadi untuk tontonan masa lapang. Saiz video juga dapat dikurangkan sekiranya anda menggunakan teknik yang betul.
Kalau anda tidak sentiasa didepan komputer, boleh gunakan remote desktop seperti TeamViewer sahaja untuk “trigger” rakaman Action! dari jarak jauh.
2. Rakam video dan ambil screenshot daripada games
Menggunakan Action! anda boleh merakam video gameplay atau mengambil screenshot semudah dengan menekan satu butang. Gambar dan video yang diambil juga agak berkualiti tinggi.
3. Rakam audio desktop dan juga rakam radio
Action! boleh merakam audio daripada microsoft, audio daripada system komputer anda mahupun merakam siaran radio live streaming.
Cepat, ringkas, mudah.
4. Merakam desktop
Action! boleh merakam desktop komputer anda secara full-screen ataupun menggunakan region selection.
5. Export video dan Youtube HD Upload
Action! membolehkan anda export video yang dirakam kepada pelbagai format peranti seperti iPad, iPhone, Playstation Portable, Android dan sebagainya.
Kalau anda berminat untuk upload terus video ke Youtube juga boleh.
Download Action!
Action! merupakan perisian berbayar dan jika mahu anda boleh download trial percuma selama satu minggu.
Harga lesen Action! ialah kira-kira RM90, manakala Fraps juga kira-kira RM90 dan Bandicam pula RM120. Jika berminat, saya boleh jual beberapa serial key Action! original pada hargaRM60 sahaja.
Pembelian original tidak perlu risau masalah update atau key kena blacklist…manakala hasil video pula lebih berkat. 
Anda boleh email saya di einsync[at]gmail.com jika berminat.
Selamat mencuba! 

0 comments: